KONSEP TAUBAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • H. Y. Ahmad Mujahideen
  • A. G. Hamidi

Abstract

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Namun, orang yang melakukan kesalahan yang paling baik adalah orang yang sering bertaubat. Ini kerana taubat boleh menjadi penyuci kepada dosa seseorang. Akan tetapi, taubat mempunyai hukum dan syarat-syaratnya yang tertentu. Oleh itu, kajian ini membincangkan konsep taubat menurut perspektif Islam yang berbentuk kajian kualitatif. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang melibatkan metode pengumpulan data dan penganalisaan data. Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa taubat ialah permohonan ampun dan penyesalan di atas dosa yang telah dilakukan secara ikhlas kerana Allah S.W.T. dan berazam untuk tidak mengulanginya serta meminta halal terhadap hak manusia dengan mengembalikannya kembali. Selain itu, berdasarkan kepada dalil-dalil, hukum taubat adalah wajib dan seharusnya dilakukannya dengan segera. Diharapkan agar kajian ini dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat terhadap konsep taubat bagi penambahan kefahaman agar taubat dilakukan dengan betul dan diterima oleh Allah S.W.T.

Downloads

Published

2020-06-30