PERKEMBANGAN INDUSTRI PELABURAN SAHAM DI MALAYSIA

Authors

  • Nurfahiratul Azlina Binti Ahmad
  • Dr. Azreen Hamiza Binti Abdul Aziz
  • Profesor Madya Dr. Zakaria Bin Bahari

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis perkembangan industri pelaburan saham di Malaysia di mana semakin hari masyarakatnya semakin celik dan bijak dalam melabur. Urusniaga saham berlaku sejak akhir abad ke 19 lagi secara tidak rasmi di mana para broker saham bertemu dengan pelabur secara santai sehingga pada 1964 Bursa Saham Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi apabila Perseketuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1963. Pasaran saham di Malaysia merangkumi pasaran saham Islam dan pasaran saham konvensional. Perbezaan antara keduanya ialah pasaran saham Islam didasari dengan prinsip syariah manakala pasaran saham konvensional tidak. Pemilihan sektor-sektor yang pelbagai menarik ramai pelabur memiliki pemilikan dalam saham yang diperdagangkan. Sehingga kini terdapat 683 saham syarikat daripada 901 saham syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Saham-saham ini dikawal dan disemak oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPSSC) setiap tahun. Aktiviti pelaburan dan proses jual beli saham di Bursa Malaysia sentiasa akan dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi mengelakkan sebarang manipulasi dalam kalangan para pelabur. Tren peningkatan permintaan terhadap saham-saham Islam dan kesedaran yang meluas akan pentingnya pelaburan patuh syariah dalam kalangan masyarakat telah memenuhi aspirasi kerajaan dalam struktur ekonomi agar mendesak masyarakat naik ke bahagian teratas rantaian nilai dan seterusnya mempelbagaikan ekonomi Negara. Perkembangan yang menggalakkan dalam pasaran modal ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran saham yang mampu menyediakan peluang pelaburan yang menguntungkan dan kompetatif kepada para pelabur di samping selaras dengan keperluan syariah. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini akan menggunakan kajian perpustakaan dan data-data yang diperolehi akan dianalisis secara tematik dan komprehensif.

Downloads

Published

2020-06-30