MAQASID SYARIAH DALAM PELABURAN

Authors

  • Profesor Madya Dr. Zakaria Bin Bahari
  • Nurfahiratul Azlina Binti Ahmad
  • Dr. Azreen Hamiza Binti Abdul Aziz

Abstract

Industri pasaran modal sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Pelaburan merupakan salah satu instrumen kewangan yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Di dalam Islam pengembangan harta sedia ada amat dituntut kerana boleh meningkatkan lagi ekonomi umat Islam. Seterusnya memacu Islam berada di dalam persada ekonomi dunia. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauhmana pelaburan saham di Bursa Malaysia menepati Maqasid Syariah dengan kajian ini menumpukan pada penjagaan harta. Kertas kerja ini dijalankan berdasarkan kajian literatur yang menyorot penulisan, laporan serta hasil kajian lepas yang berkaitan dengan pelaburan saham Bursa Malaysia. Penumpuan artikel ini berdasarkan Maqasid Syariah memelihara harta. Metod yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini sebahagian daripada pendekatan kualitatif yang melibatkan sorotan dan analisis data sekunder yang diperoleh melalui dokumen, hasil kajian dan penulisan yang telah diteliti. Data yang diperoleh dianalisis secara sistematik menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan pelaburan yang dilakukan menepati konsep pelaburan dalam Islam dari segi prinsip, objektif dan maslahahnya. Penglibatan pelabur muslim sangat terhad berbanding dengan pelabur bukan Islam. Penggunaan konsep Maqasid Syariah ini perlu diperluaskan dan menjadi panduan dalam pembuatan keputusan dalam kalangan pelabur muslim agar aktiviti pelaburan tersebut bukan sahaja berasaskan syariat Islam malahan dapat mengelakkan wang pelaburan hilang akibat ditipu oleh syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan yang meragukan dan kesilapan melabur di tempat yang tidak betul.

Downloads

Published

2020-06-30