BUKU-BUKU AGAMA DAN MAJALAH PENGASUH TERBITAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK): SATU ULASAN

Authors

  • H. Y. Ahmad Mujahideen
  • I. Nur Syazwani

Abstract

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Unit Penerbitan MAIK bagi memastikan kegiatan penerbitan, penyusunan, penterjemahan dan percetakan buku-buku berjalan dengan lancar. Ini kerana bidang penerbitan juga merupakan salah satu medium yang digunakan oleh MAIK dalam menyebarkan Dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui buku-buku agama dan majalah Pengasuh yang diterbitkan. Sebelum penubuhan unit ini, medium untuk penyebaran Dakwah Islamiah di Kelantan khasnya adalah sangat terhad. Justeru, kajian ini membincangkan tentang ulasan buku-buku agama dan majalah Pengasuh yang telah diterbitkan oleh MAIK menerusi Unit Penerbitan MAIK bagi penyebaran Dakwah Islamiah dengan lebih meluas. Kajian kepustakaan ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisisan data serta temu bual bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dengan tepat dan pasti. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa kepelbagaian proses penyebaran Dakwah Islamiah di Kelantan antaranya menerusi Unit Penerbitan MAIK telah lama dijalankan bagi menyebarluaskan Dakwah Islamiah di negeri Kelantan iaitu bermula pada tahun 1917 yang membuktikan bahawa MAIK telah memberikan penekanan yang serius terhadap bidang penerbitan walaupun penerbitan-penerbitan yang dihasilkan tidak memfokuskan kepada sesuatu topik secara khusus dan menyeluruh.

Downloads

Published

2020-06-30