PENDEKATAN TAREKAT QODIRIYAH NAQSYABANDIYAH DALAM PEMULIHAN DADAH: SATU META ANALISIS

Authors

  • Abu Bakar Ahmad Mansor
  • Dr Khairiah Mohd Yassin
  • Prof Dr Shukri Ahmad

Abstract

Pelbagai usaha yang sedang dan telah dilaksanakan dalam menangani masalah penagihan dadah oleh kerajaan seperti kempen “Belia Benci Dadahâ€, serta rawatan pemulihan dadah telah dilakukan. Di negara ini terdapat pelbagai pusat rawatan pemulihan dadah telah dilaksanakan dalam membantu memulihkan penagih tegar yang menggunakan kaedah rawatan Barat (moden) dan kaedah tradisional (Islam). Dalam pendekatan tradisional yang berasaskan agama dan kerohanian Islam menggunakan kaedah terekat seperti Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah (TQN) bagi memulihkan penagih dadah. Sehubungan dengan itu, artikel ini membincangkan mengenai pendekatan atau strategi pemulihan keagamaan dan kerohanian TQN yang digunakan oleh Pondok Remaja Inabah (PRI) dalam memulihkan individu yang terlibat berdasarkan kepada kaedah meta analisis yang melihat kepada karya-karya sarjana sebelum ini yang dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil analisis tree nodes menunjukkan terdapat lima (5) pendekatan berasaskan kerohanian melalui amalan Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah yang telah dipratikkan dalam pemulihan dadah yang telah digunakan merangkumi amalan mandi taubat, solat, zikir, fardhu ain, talqin dan baiat. Oleh itu, kaedah berteraskan amalan keagamaan Tarekat Qodiriyah Naqsyabandiyah perlu berterusan dilaksanakan kerana kaedah ini mampu membantu memberikan keyakinan dan kekuatan diri kepada penagih untuk meninggalkan najis dadah dan mengubah tingkah lakunya ke arah yang lebih baik.

Downloads

Published

2020-06-30