ISLAM DAN DEMOKRASI DALAM PEMIKIRAN ASRI MUDA

Authors

  • Ratna Inzah Mohd Asri

Abstract

Asri Muda seorang tokoh politik Malaysia yang semasa jayanya pernah menyatukan parti politik terutama politik Melayu tanah air. Kepimpinannya masih relevan kerana pemikiran politik beliau dilihat sebagai sesuatu yang mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan dalam kepimpinan itu dapat dilihat sejarah perjuangan beliau sejak mula berjuang melalui Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK 1945-47) sebagai Setiausaha Asri Muda merupakan salah seorang pemikir yang telah mengetengahkan pemikiran Islam dan demokrasi tentang kebangkitan bangsa, kenegaraan dan juga nasionalisme. Dalam kegiatan politik, beliau telah banyak membawa perubahan baik dalam parti dan juga pemerintahan di Malaysia. Dalam jangka waktu tersebut Asri telah membuat peraturan dalam parti dan juga melaksanakan beberapa perkara yang menentukan sejarah perubahan politik secara demokrasi di Malaysia. Beliau mengutamakan politik yang jelas: bangsa, agama dan tanah air serta kesejahteraan, kepentingan rakyat dan negara juga memartabatkan bahasa Melayu. Sebelum bergiat dalam politik, Mohd Asri berkecimpung dalam bidang persuratan sejak remaja lagi, gemar membaca terutama buku-buku penerbitan dari Indonesia. Dengan tulisan yang cantik dan teratur serta penguasaan bahasa yang baik, beliau sering diminta membantu mengedit artikel yang akan dihantar ke penerbit. Ini merupakan pengalaman yang menghantar beliau kepada kecekapan penulisan dalam karya-karya penulisannya. Usaha ini bermula ketika memegang amanah sebagai Pesuruhjaya PAS bagi Kelantan dan Terenganu pada tahun 1953 yang memberi wajah dan warna bagi kelangsungan politik Kelantan khususnya dan Malaya pada waktu itu. Antara jawatan penting yang pernah diamanahkan kepada Asri Muda ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (1959-1961), Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan (1961-1964), Menteri Besar Kelantan (1964-1972) dan Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah ketika PAS berada dalam Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (1973-1977).

Downloads

Published

2020-03-31