PENGUKURAN KEAMANAN POSITIF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Faezy Adenan
  • Asmak Ab Rahman
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain

Abstract

Keamanan adalah isu yang paling penting di sesebuah negara. Persekitaran yang aman dapat memastikan kesejahteraan masyarakat serta kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Terdapat dua jenis keamanan - pertama adalah positif dan yang lain adalah negatif. Positif menunjukkan keadaan fikiran yang harmoni dan masyarakat hidup tenang sedangkan negatif pula asasnya pada ketiadaan berlakunya perang dan keganasan yang teratur. Kajian ini bertujuan untuk mengukur konsep keamanan positif dalam perspektif Islam. Pengukuran keamanan positif berdasarkan lapan elemen kerajaan yang berfungsi dengan baik, iaitu persekitaran perniagaan yang baik, pengagihan sumber yang adil, penerimaan hak-hak orang lain, hubungan baik dengan negara jiran, aliran informasi bebas, modal insan yang tinggi dan tingkatan korupsi yang rendah. Kajian ini menggunakan elemen yang diwujudkan oleh IEP sebagai asas utama dalam membuat perbandingan. Metodologi yang digunakan adalah kaedah analisis tekstual dan kontekstual dan menganalisis unsur- unsur keamanan positif dalam perspektif Islam. Hasil kajian mendapati bahawa Islam menangani isu-isu keamanan positif dengan cara yang unik, kerana ia menjadikan sumber yang sahih dalam Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam kehidupan umat Islam, yang sebenarnya Islam telah menjelaskan kaedah penting dalam mencapai keamanan yang positif.

Downloads

Published

2020-03-31