AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA SWASTA

Authors

  • Prof. Dr. Abdullah Abdul Ghani
  • Dzulfida A Razak
  • Profesor Madya Dr. Muhammad Nasri Md. Hussain

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi guru terhadap amalan gaya kepimpinan pengetua di sebuah sekolah menengah agama swasta dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Faktor amalan kepimpinan instruksional pengetua dari aspek membentuk matlamat sekolah, berkomunikasi tentang matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, mengawasi pencapaian pelajar, mempertahankan masa pengajaran, mengekalkan kualiti tinggi, menyediakan insentif untuk guru, menggalakan pembangunan professional, mengekalkan piawai akademik dan menyediakan insentif untuk pembelajaran diukur dengan menggunakan soal selidik dan instrument-instrumen kepimpinan instruksional (Principal Instructional Management Rating Scale) . Kajian ini merupakan kajian rentis yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah agama swasta. Analisis data dijalankan dengan menggunakan program ‘Statistical Package For Social Science’ (SPSS). Kaedah yang digunakan untuk analisis data ini adalah analisis deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratusan. Dalam konteks kajian ini, organisasi adalah sekolah agama swasta yang diuruskan oleh organisasi bukan kerajaan Musleh. Kajian ini juga akan mengenalpasti amalan kepimpinan instruksional pengetua sekolah menengah agama swasta, dan melihat hubungan di antara dimensi kepimpinan instruksional dengan komitmen organisasi. Kaedah tinjauan kuantitatif telah digunakan untuk mengendalikan soal selidik.

Downloads

Published

2020-03-31