TAHAP KEAGAMAAN RELIGIOSITY MASYARAKAT ISLAM DI NEGERI KEDAH

Authors

  • Kamarudin Ahmad
  • Rohani Hj Ab Ghani
  • Zulhilmi Paidi
  • Nor Hanani Ismail
  • Azman Md Zain

Abstract

Kajian ini menilai tahap keagamaan masyarakat Islam yang berhubung secara langsung dengan praktikaliti keagamaan. Reka bentuk kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dalam kalangan sampel rawak mudah sebanyak 150 orang responden daripada masyarakat Islam di negeri Kedah. Hasil kajian menunjukkan menunjukkan tahap keagamaan masyarakat Islam di negeri Kedah majoritinya menyatakan tahap tinggi. Ini bermaksud masyarakat Islam di Kedah menghayati, mengamal dan melaksanakan agama secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dengan segala dimensinya iaitu akidah, akhlak dan syariah. Dapatan-dapatan ini memberi gambaran bahawa tahap religiosity atau keagamaan masyarakat Islam di Negeri Kedah adalah tinggi dan masyarakat tidak lagi mengamalkan amalan-amalan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

Downloads

Published

2020-03-31