ELEMEN ASAS PENSABITAN JENAYAH ‘SARIQAH’ DAN HUKUMANNYA MENURUT PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013

Authors

  • Zurairatul Zakiah DSS Haji Rajid

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan elemen asas yang terdiri daripada rukun dan syarat yang perlu dipenuhi bagi mensabitkan sesuatu kesalahan yang dianggap sebagai jenayah ‘sariqah’ dan seterusnya mencorakkan bentuk dan kadar hukumannya di dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 (PKHJS, 2013). Sungguhpun pensabitan had1 perlu memenuhi rukun dan syarat tertentu, namun salah tafsiran sebahagian masyarakat dalam memahami konsep ‘sariqah’ telah mengakibatkan hukuman had potong tangan ke atas pencuri dianggap sebagai hukuman yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Justeru, kertas kerja ini cuba membincangkan tiga perkara utama. Pertama, mengenal pasti peruntukan ‘sariqah’ yang berkaitan dengan rukun dan syarat di dalam PKHJS, 2013; kedua, menganalisis rukun dan syarat dalam peruntukan ‘sariqah’; dan ketiga merumus rukun dan syarat pensabitan jenayah ‘sariqah’ dan hukumannya dalam PKHJS, 2013. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dengan cara menganalisis kandungan peruntukan ‘sariqah’ yang berkaitan rukun dan syarat. Hasil kertas kerja ini menjelaskan kepentingan memahami elemen-elemen asas ini dengan baik selain menekankan bahawa peruntukan had ‘sariqah’ perlu memenuhi rukun dan syarat yang ketat sebelum disabitkan, walaupun tidak dinyatakan secara jelas

Downloads

Published

2019-12-31