TREND & ISU DALAM PEMBELAJARAN KURIKULUM TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) DI MALAYSIA

Authors

  • Noor Fadilah Ambo
  • Siti Eishah Mokhsein

Abstract

Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) adalah merupakan gabungan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan menggunakan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Pelaksanaan kurikulum ini adalah merupakan salah satu hasrat kerajaan untuk melahirkan 125000 hafiz al-Quran pada tahun 2050. Sehubungan itu, aliran tahfiz tidak lagi khusus untuk pelajar dalam bidang agama tetapi lebih terbuka dan inklusif kepada semua pelajar. Trend ini menyebabkan kurikulum TMUA mendapat sambutan yang tinggi daripada masyarakat. Namun demikian, kajian mendapati terdapat tiga isu yang perlu diberi perhatian dalam pembelajaran TMUA iaitu isu konseptual, praktikal dan fokus intrumen kajian terhad kepada mata pelajaran Bahasa. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan kepentingan instrumen strategi pembelajaran khusus untuk menghafaz al-Quran.

Downloads

Published

2019-12-31