KEBERGANTUNGAN PULANGAN SUKUK KEATAS BOND PORTFOLIO

Authors

  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman
  • Azfaedahanim Azis
  • Ahmad Tamimi Md Som

Abstract

Sukuk merupakan instrument pasaran modal Islam yang berkembang secara signifikan utamanya di negara Malaysia ini, tetapi isu terhadap perkembangan sukuk ini membawa pelbagai cabaran. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah hubungan antara kadar pulangan sukuk dengan kadar pulangan bond konvensional pada tempoh 2009 hingga 2015. Seterusnya kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui adakah sukuk dan bond adalah pelengkap antar satu sama lain. Kajian ini menggunakan metod OLS untuk mengetahui hubungan antara kedua pembolehubah, metod Johansen Cointegration untuk melihat hubungan jangka panjang manakala metod VECM digunakan untuk melihat hubungan jangka pendek. Hasil daripada kajian ini adalah bertentangan dengan teori kadar pulangan sukuk yang menyatakan kedua instrument ini bersifat komplimen, akan tetapi didapati sukuk dan bond adalah instrument yang bersifat subtitusi.

Downloads

Published

2019-12-31