SINERGI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DAN INSTITUSI WAKAFDALAM ANJAKAN PARADIGMA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Authors

  • Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin

Abstract

Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi merupakan salah satu wawasan Brunei Darussalam 2035 bertujuan melahirkan generasi dan masyarakat yang celik ilmu bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. Kejayaan pendidikan menjadikan kayu ukur pembangunan sesebuah negara melalui keberhasilan mengeluarkan produk yang berkualiti, berpotensi, kreatif dan inovatif. Dalam usaha ke arah ini pelbagai anjakan paradigma yang di hadapi dan ini termasuklah revolusi industri terkini. Kewujudan perubahan yang di bawa oleh arus revolusi industri 4.0 kini bukan lagi menjadi satu pilihan, bahkan automasi, pembelajaran mesin, mudah alih, pengkomputeran dan kepintaran buatan yang pada suatu ketika dahulu merupakan konsep futuristik kini telah menjadi kenyataan. Sama ada mahu atau tidak, perkara ini terpaksa di hadapi agar tidak ketinggalan perubahan di era globalisasi dan arus zaman. Perubahan ini bukan hanya berlaku dalam bidang tertentu sahaja bahkan melibatkan semua bidang termasuklah pendidikan. Bersesuaian dengan tajuk, kajian ini di laksanakan bagi mengenal pasti keperluan sinergi dua institusi ini dalam usaha menghadapi perubahan besar revolusi industri 4.0 yang menggantikan tenaga manusia dengan tenaga teknologi. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan. Peningkatan ketidak mampuan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di sebabkan masalah kewangan telah memanggil insitusi wakaf untuk menghulurkan bantuan dalam usaha sama membudayakan masyarakat berilmu dan dalam masa yang sama meringankan bebanan pihak Kerajaan. Sokongan institusi wakaf terhadap pembangunan pendidikan umat seterusnya menjadi sektor ketiga sebagai pelengkap program pembangunan Kerajaan merupakan inisiatif yang sesuai untuk dilaksanakan pada masa kini.

Downloads

Published

2019-12-31