MEKANISME PELAKSANAAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) BERMULA TAHUN 2012 SEHINGGA 2018 UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Authors

  • Ahmad Nazrul Alif Yahya
  • Wan Norhaniza Wan Hasan

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti matlamat mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk Pembangunan Lestari. Mekanisme bantuan rakyat secara umumnya ialah mekanisme yang dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada dari badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. Mekanisme bantuan rakyat ini adalah untuk memenuhi segala keperluan seharian bagi golongan yang berpendapatan rendah. Mekanisme bantuan rakyat ini mendapat perhatian bagi setiap pihak kerana ia perlu dilaksanakan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat bagi golongan tertentu. Persoalannya, bagaimanakah pelaksanaan BR1M pada tahun 2012 sehingga 2018? Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti pelaksanaan BR1M bermula 2012 sehingga 2018. Kedua, menganalisis dan merumuskan mekanisme pelaksanaan BR1M menurut perspektif Islam. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Mekanisme pelaksanaan BR1M dilaksanakan hanya untuk memenuhi dan menangani kos sara hidup golongan tertentu sahaja. Mekanisme pelaksanaan BR1M akan lebih komprehensif jika pelaksanaannya mempunyai tujuan dan matlamat berdasarkan perspektif Islam iaitu penggunaan dalam Islam dan Pembangunan Lestari.

Downloads

Published

2019-12-31