MAUQUF ALAYH DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

Authors

  • Baihaki Abdullah
  • Zakaria Bahari

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti mauquf alayh di Malaysia seterusnya mengenalpasti isu dan cabaran dalam melestarikan wakaf sebagai instrumen kewangan Islam. Hal ini demikian kerana, harta wakaf merupakan satu alat yang efisyen untuk membasmi kemiskinan yang mengcekam umat Islam hari ini. Harta wakaf perlu dibangunkan secara inovatif agar fungsi harta wakaf tersebut dapat diteruskan sehingga mauquf alayh mendapat manfaatnya dan pewakaf mendapat pahala yang berterusan agar tujuan wakaf tercapai. Namun begitu, perlaksanaan wakaf juga mengalami masalah kepada pewakaf untuk menyalurkan manfaat dan sumbangan wakaf. Mauquf alayh tidak menerima manfaat dan sumbangan wakaf sepenuhnya daripada manfaat wakaf. Persoalannya apakah halangan yang dihadapi oleh mauquf alayh dalam menerima manfaat wakaf? Oleh itu kepentingan kajian ini untuk membantu pihak yang mengelola tanah wakaf di Malaysia untuk menangani halangan dan cabaran yang timbul dari segi aspek dalaman dan luaran dalam memberi manfaat wakaf. Kertas kerja ini mengandungi dua objektif. Pertama mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh mauquf alayh. Kedua, menganalisis dan merumuskan isu dan cabaran yang dihadapi oleh mauquf alayh dalam menerima manfaat wakaf. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan analisis kandungan dokumen. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kutipan data dan analisis data. Dijangka cabaran yang dihadapi oleh mauquf alayh di Malaysia ialah kefahaman tentang wakaf yang rendah.

Downloads

Published

2019-12-31