HISBAH DALAM AGIHAN ZAKAT MELALUI KONSEP WAKALAH OLEH INSTITUSI ZAKAT: KAJIAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Authors

  • Faizul Shaiffe
  • Shahir Akram Hassan

Abstract

Institusi pengurusan zakat merupakan institusi sosio ekonomi umat Islam yang merupakan salah satu teras dalam melaksanakan kewajipan berzakat dan menyuburkan filantropi Islam. Kewajipan yang perlu dilaksanakan dan diuruskan secara holistik terhadap pungutan dan agihan yang efisien. Boleh dikatakan seperti terdapat hubungan antara peningkatan kutipan zakat dengan keberkesanan agihan zakat. Sejajar dengan itu, suatu mekanisme agihan melalui kaedah wakalah zakat telah mula dilaksanakan di beberapa institusi zakat di Malaysia. Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Institusi Zakat kepada entiti (individu, syarikat, majikan dan institusi pengajian tinggi) yang membayar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak. Kaedah agihan secara wakalah ini merupakan suatu inisiatif perkongsian pintar melalui keterlibatan para muzzaki (orang yang mengeluarkan zakat) untuk turut serta dalam proses agihan zakat. Oleh kerana agihan dana zakat dilakukan sendiri oleh muzzaki maka aktiviti hisbah (pengawalan) terhadap agihan dana zakat melalui konsep wakalah perlu mempunyai keseragaman yang standard agar dana zakat dapat diagihkan dengan efesien. Kajian ini memilih Wilayah Persekutuan kerana keunikan dwi sistem yang diamalkan iaitu kutipan diuruskan oleh PPZ-MAIWP dan agihan pula oleh Baitulmal-MAIWP. Dengan tujuan tersebut, kajian ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti perlaksanaan kaedah wakalah. Kedua, menganalisis aktiviti hisbah agihan zakat melalui konsep wakalah ini. Kajian ini mengkaji segala gerak kerja serta dokumen yang terlibat dalam proses ini. Hasil kajian mendapati pengurusan wakalah ini masih lagi baharu dan perlu diberi perhatian terhadap pengurusan amalan hisbah supaya selaras dengan maqasid zakat.

Downloads

Published

2019-09-30