PEMANTAPAN INTEGRITI INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM MENERUSI AMALAN HISBAH KENDIRI

Authors

  • Afifi Farhana Mhd Poad
  • Azrin Ibrahim

Abstract

Berdasarkan indeks yang dikeluarkan oleh Transperancy International pada tahun 2019, isu rasuah di Malaysia dilihat semakin membimbangkan. Buktinya, pada tahun 2015 Malaysia berada pada tangga ke 50, tahun 2016 pada tangga ke 49 dan semakin menurun kepada tangga ke 47 pada tahun 2017 dan 2018. Isu rasuah ini sangat berkait rapat dengan integriti seseorang insan. Dalam Islam, integriti merupakan elemen yang sangat penting dan dapat dipertingkatkan melalui amalan rohani seperti amalan hisbah kendiri. Oleh yang demikian, untuk memastikan masalah rasuah ini tidak terus membarah ia perlu diberikan perhatian dengan memperkasakan amalan-amalan yang mampu meningkatkan integriti seseorang dan seterusnya dapat mengurangkan masalah ini daripada terus berleluasa khususnya dalam institusi pembangunan berteraskan Islam. Persoalannya, bagaimanakah integriti seseorang dapat diperkasakan melalui amalan hisbah kendiri dalam melahirkan manusia yang bertangunggajawab, amanah dan adil dalam setiap pekerjaannya? Untuk menjawab persoalan berikut, kertas kerja ini menyenaraikan dua objektif utama iaitu, pertama; mengenal pasti usaha untuk meningkatkan integriti insan dalam institusi pembangunan berteraskan Islam, kedua; menganalisis amalan hisbah kendiri dalam memperkasakan integriti insan dalam institusi pembangunan berteraskan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif menerusi kajian dokumen yang dilakukan pada kajian lepas, karya dan dokumen rasmi. Setelah itu, data yang diperoleh melalui kajian dokumen akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan hisbah kendiri mampu menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan integriti seseorang insan melalui enam proses yang dapat diaplikasikan melalui latihan pembangunan seperti yang dibincangkan.

Downloads

Published

2019-09-30