AMALAN DAN HALA TUJU PENGURUSAN RISIKO DI LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Authors

  • Azharudin Ali
  • Mohamad Naimi Mohamad Nor
  • Rohami Shafie
  • Wan Norhayati Wan Ahmad

Abstract

Tadbir urus yang baik sewajarnya bermula dengan amalan pengurusan risiko yang berkesan. Maka, tujuan artikel ini ialah untuk membincangkan tentang amalan pengurusan risiko di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan melalui temubual dan analisis dokumen, amalan pengurusan risiko di LZNK masih baharu dan berada pada tahap awal pelaksanaan. Dalam konteks ini, masih banyak lagi usaha perlu dijalankan untuk mewujudkan dan membudayakan amalan pengurusan risiko yang berkesan di LZNK. Usaha-usaha ini dijangka lebih mudah dilaksanakan kerana pihak lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi LZNK menyedari kepentingan amalan pengurusan risiko yang berkesan dan memberi sokongan sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat ini. Artikel ini turut membincangkan hala tuju amalan pengurusan risiko yang berkesan di LZNK bagi memastikan kemampanan LZNK pada masa hadapan.

Downloads

Published

2019-09-30