FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN AR- RAHNU (ISLAMIC PAWNSHOP)

Authors

  • Ishak Hj Abd Rahman
  • Rohaizad Bin Hashim
  • Abdullah Sanusi Othman
  • Azmi Aziz

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan Skim Ar-Rahnu yang ditawarkan oleh institusi perbankkan dan nstitusi bukan perbankkan. Setelah beroperasi di Malaysia menghampiri 27 tahun, skim Ar-Rahnu, sistem pajak gadai Islam ini telah menerima permintaan dan sokongan yang menggalakan di pasaran terutamanya bagi peniaga kecil dan sederhana. Fungsi utama Ar-Rahnu adalah sebagai penyedia tunai segera kepada mereka melalui penggadaian barang kemas. Analisis ini dilakukan juga bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi pendorong terutama kepada orang Islam untuk menggunakan kemudahan skim Ar-Rahnu ini. Kajian mendapati bahawa faktor seperti pandangan syariah, penetapan harga, aset cagaran, khidmat pelanggan, lokasi operasi, faktor operasi serta pengiklanan memainkan peranan penting terhadap penerimaan pelanggan terhadap skim Al Rahnu.

Downloads

Published

2019-09-30