PENGAMALAN IBADAH KHUSUS DAN UMUM PELAJAR UiTM JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG

Authors

  • Siti Zaleha Shafi’e
  • Rohaya Sulaiman
  • Siti Nurul Izah Musa

Abstract

Ibadah khusus ialah segala amalan yang disebutkan secara khusus di dalam al-Quran dan al-Hadith. Ibadah khusus meliputi dua bahagian iaitu ibadat fardu dan ibadat sunat. Manakala ibadah umum ialah segala perbuatan, perkataan dan gerak hati yang dibenarkan oleh syarak. Justeru, kajian ini membincangkan tentang pengamalan ibadah khusus dan umum dalam kalangan pelajar UiTM Johor Kampus Pasir Gudang semester 1 sesi 2018/2019. Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur pengamalan ibadah khusus dan umum pelajar dari lima fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Maka seramai 281 orang pelajar daripada lima fakulti tersebut telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dapatan kajian dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif. Hasilnya, keseluruhan pengamalan ibadah khusus dan umum pelajar UiTM Johor Kampus Pasir Gudang adalah berada pada tahap tinggi dengan (skor min=3.95).Walau bagaimanapun, terdapat pengamalan ibadah fardu kifayah dan ibadah sunat yang mendapat min yang rendah. Justeru, kajian ini memberi sumbangan khususnya dari segi penambahbaikan modul ibadah yang lebih menarik bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pengamalan ibadah khusus dan umum pelajar pada masa akan datang. Pihak universiti perlu membuat inisiatif untuk melaksanakan program-program yang bersesuaian bagi memantapkan kefahaman dan pengamalan ibadah khusus dan umum pelajar.

Downloads

Published

2019-09-30