PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN ISLAM DALAM PELAKSANAAN BANTUAN RAKYAT

Authors

  • Ahmad Nazrul Alif Yahya
  • Wan Norhaniza Wan Hasan

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis prinsip-prinsip penggunaan Islam di dalam pelaksanaan bantuan rakyat. Bantuan rakyat secara umumnya ialah bantuan yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan golongan yang berpendapatan rendah dalam menangani masalah peningkatan kos sara hidup. Tujuan dan matlamat bantuan rakyat perlu jelas dalam penggunaan bantuan tersebut. Persoalannya, bagaimanakah prinsip-prinsip penggunaan Islam yang perlu ada di dalam bantuan rakyat? Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti prinsip-prinsip penggunaan dalam Islam. Kedua, menganalisis dan merumuskan prinsip-prinsip penggunaan Islam dalam pelaksanaan bantuan rakyat. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian dokumen dan analisis kandungan. Prinsip-prinsip penggunaan Islam mempunyai lima perkara iaitu kebenaran atau hak, kebersihan atau kesucian, kerohanian atau akhlak, kesederhanaan, dan kemanfaatan dan kemaslahatan yang akan menjadi panduan dalam penggunaan dan pelaksanaan bantuan rakyat.

Downloads

Published

2019-09-30