PENGKOMERSIAL TANAH WAKAF MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Baihaki Abdullah
  • Zakaria Bahari

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti pengkomersial tanaf wakaf dari aspek perspektif Islam. Wakaf merupakan salah satu daripada instrumen penting kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. Di Malaysia, wakaf berada di bawah kuasa Majlis Agama Negeri Islam (MAIN). MAIN merupakan pemegang amanah tunggal bagi perihal berkaitan dan bertindak menguruskan wakaf mengikut panduan yang digariskan dalam perundangan wakaf. Sebagai contoh, tanah wakaf di Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu terdahulu yang niat wakafnya untuk perkuburan dan masjid telah dibangunkan perhotelan (MH Mohamad & Sanep Ahmad, 2014). Persoalannya, bolehkah tanah wakaf dikomersialkan dan menjejaskan niat pewakaf tanah wakaf tersebut dalam perspektif Islam khususnya tanah wakaf diniatkan untuk tanah kubur dan tanah masjid dari pandangan fuqahah? Kedua, bagaimanakah pengkomersialan ini dapat dilakukan tanpa bertentangan dengan nilai Islam? Kertas kerja ini mengandungi dua objektif. Pertama, mengenal pasti perlaksanaan pengkormesial MAIN ini menurut perspektif Islam mengikut pandangan fuqahah. Kedua, menganalisis dan merumuskan perlaksanaan pengkomersial tanah wakaf seperti tanah kubur dan masjid menurut perspektif Islam. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Dijangka pengkomersialan tanah wakaf ini diharuskan sekiranya berlaku masalahah dan masalah untuk melaksanakannya kerana bersaiz kecil dan tidak ekonomik.

Downloads

Published

2019-09-30