TAHAP PENGETAHUAN PEKERJA SEKTOR SWASTA TERHADAP FATWA BERKAITAN ZAKAT PENDAPATAN: KAJIAN DI CYBERJAYA, SELANGOR

Authors

  • Arlina Nor Anuar
  • Hairunnizam Wahid

Abstract

akat merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Ia mempunyai kepentingan bagi membangunkan ekonomi masyarakat Islam serta membantu fakir miskin menjalani kehidupan sebagaimana masyarakat yang lain dimana individu yang berkemampuan membuat pengagihan daripada hasil pendapatannya dengan membayar zakat. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan dan tindakan pekerja swasta berkaitan dengan rebat cukai serta fatwa berkaitan zakat pendapatan bagi mengetahui tujuan atau niat mereka untuk membayar zakat pendapatan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat samada pekerja swasta di Cyberjaya khususnya di kawasan CBD Perdana 2 membayar zakat pendapatan dan melebihi kadar kewajipan zakat, mengenalpasti purata nisbah lebihan bayaran zakat jika berlaku lebihan pembayaran zakat serta menganalisis gelagat masyarakat berkaitan sistem zakat dan cukai. Secara kesuluruhan, kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan sistem cukai yang dikutip dengan cekap berbanding sistem zakat yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.

Downloads

Published

2019-09-30