KESEJAHTERAAN MENTAL: MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DALAM INSTITUSI KELUARGA

Authors

  • Siti Nur Aafifah Hashim
  • Shereeza Mohamed Saniff

Abstract

Kesejahteraan mental individu meliputi psikologi, mental dan fizikal mampu menyumbang kepada masyarakat makmur dari segi sosial, ekonomi dan kesejahteraan ekologi manusia. Pelbagai konflik yang berlaku hari ini berpunca daripada kesihatan mental individu yang membawa kepada peningkatan gejala sosial, rasuah, jenayah hingga mengakibatkan kehancuran dalam masyarakat. Penelitian terhadap kajian literatur menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dari sudut mental dan fizikal. Justeru itu, kertas kerja ini berhasrat untuk membincangkan secara komprehensif mengenai pembudayaan integriti dalam institusi kekeluargaan untuk tujuan kesejahteraan mental menerusi kaedah kualitatif deskriptif. Hasil penelitian terhadap artikel terdahulu mendapati institusi keluarga yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Keluarga yang sihat juga merupakan tunggak penting dalam melahirkan individu dan komuniti sejahtera. Selain itu, pembangunan institusi keluarga berteraskan integriti melalui pembinaan keluarga bahagia dan sejahtera menjadi matlamat penting dalam Pelan Antirasuah Nasional. Di akhir perbincangan kertas kerja ini akan dirumuskan setiap ahli keluarga mempunyai rasa tanggungjawab dan memegang amanah untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam keluarga.

Downloads

Published

2019-09-30