KONTROVERSI PELANTIKAN PEMIMPIN BUKAN ISLAM DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN AL-SIYASAH AL-SYAR’IYYAH

Authors

  • Ahmad Faqih Ibrahim
  • Taufiq A. Rashid
  • Khairul Azhar Meerangani
  • Muhammad Hilmi Mat Johar

Abstract

Islam telah menyediakan asas panduan berkaitan penglibatan orang bukan Islam dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. Di Malaysia, hak ini telah diraikan sejak kemerdekaan lagi di mana warga bukan Islam telah terlibat dalam aspek pemerintahan negara termasuklah dilantik sebagai menteri yang menerajui sesebuah kementerian. Kontroversi mula tercetus mutakhir ini dengan pelantikan dua warga bukan Islam sebagai Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Sebahagian pihak melihat pelantikan ini telah mencerobohi prinsip al- siyasah al-syar’iyyah yang ditetapkan namun sebahagian yang lain pula menilai daripada sudut hak asasi mereka sebagai warganegara yang sewajarnya dilunaskan. Kajian ini bertujuan menilai status pelantikan orang bukan Islam dalam dua posisi tersebut menurut Perlembagaan Persekutuan dan prinsip al-siyasah al-syar’iyyah. Secara umumnya, tiada perbezaan ketara melibatkan hak perjawatan setiap warganegara di Malaysia kerana Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan elemen kesamarataan dalam aspek tersebut. Namun begitu, penglibatan mereka secara langsung dalam menerajui urusan perundangan dan kehakiman negara sewajarnya diperhalusi dengan lebih teliti menurut prinsip al-siyasah al-syar’iyyah dengan mengambil kira sentimen semasa majoriti rakyat yang beragama Islam bagi mengelakkan timbulnya ketegangan dalam hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Downloads

Published

2019-09-30