PENILAIAN TERHADAP MASALAH-MASALAH PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Azlan Abd Rahman
  • Dr. Rashidi Abbas

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah program pengimarahan masjid di negeri Pahang. Jumlah responden kajian ini seramai 270 orang. Kajian ini melibatkan sebanyak 9 buah masjid dari tiga lokasi yang berbeza iaitu 3 buah masjid di lokasi bandar, 3 buah masjid di lokasi Felda dan 3 buah masjid di lokasi kampung berdasarkan kaedah rawak daripada populasi kajian. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini berbentuk deskriftif data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23.0 bagi memperolehi nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan masalah utama berkaitan guru agama yang tidak hadir kuliah tidak diganti dengan nilai min 2.95. Diikuti guru tidak hadir kuliah tanpa makluman merupakan masalah kedua dengan nilai min 2.82. Seterusnya penyampaian guru kurang difahami merupakan masalah ketiga dengan nilai min 2.80. Manakala penyampaian guru kurang difahami merupakan masalah keempat dengan nilai min 2.65 dan guru tidak menggunakan kitab khas merupakan masalah kelima dengan nilai min 2.60. Manakala masalah berkaitan program pengajian pula, hasil kajian mendapati masalah kurang program khas disusun atau dirancang untuk belia dan remaja oleh pihak masjid merupakan masalah utama dengan nilai min 3.32. Diikuti kurang hebahan atau iklan dibuat merupakan masalah kedua dengan nilai min 3.15. Seterusnya kurang kelas khas untuk muslimat merupakan masalah ketiga dengan nilai min 3.13. Manakala tiada takwim khas perjalanan program pengajian di masjid merupakan masalah keempat dengan nilai min 3.09 dan kurang dana (sumber kewangan) untuk menganjurkan program merupakan masalah kelima dengan nilai min 2.87. Seterusnya masalah berkaitan fasiliti pula, hasil kajian mendapati masalah tiada komputer riba disediakan oleh pihak masjid merupakan masalah utama dengan nilai min 3.34. Diikuti tiada pemancar LCD dan skrin disediakan merupakan masalah kedua dengan nilai min 3.19. Seterusnya peralatan audio sistem kurang memuaskan merupakan masalah ketiga dengan nilai min 3.01. Manakala tiada papan putih disediakan merupakan masalah keempat dengan nilai min 2.95 dan kerosakan pembesar suara lewat dibaiki merupakan masalah kelima dengan nilai min 2.8.

Downloads

Published

2019-09-30