FAKTOR DALAMAN YANG MENDORONG PERLAKUAN SEKS LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA

Authors

  • Mahathir Yahaya
  • Azlinda Azman, Ph.D, Professor
  • Masarah Mohamad Yusof, PhD
  • Farhana Kamarul Bahrin, PhD

Abstract

Kajian berbentuk kualitatif ini adalah untuk mengkaji faktor kepada tingkah laku seks luar nikah dalam kalangan remaja. Perlakuan seks luar nikah dalam kalangan remaja bukanlah satu isu yang baharu malah semakin meningkat dan menular sejak kebelakangan ini. Statistik menunjukkan bahawa 27 peratus remaja hari ini melakukan hubungan seks sebelum menikah seterusnya melahirkan anak di luar nikah. Pada tahun 1999 hingga 2003, perangkaan mengenai jumlah kanak-kanak yang belum matang adalah 70,430. Walau bagaimanapun, daripada jumlah itu, negeri Selangor telah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 12,826 orang. Seramai 10 responden dari Hospital Kajang, Selangor telah dipilih melalui persampelan purposive. Penyelidik menggunakan kaedah perbandingan konstan bagi tujuan analisis data. Penemuan kajian menunjukkan bahawa faktor dalaman seperti tekanan hidup, pengalaman hidup dan kurang pendidikan agama serta amalannya telah menyumbang kepada tingkah laku.

Downloads

Published

2019-09-30