ANALISIS PENERIMAAN PELANGGAN TERHADAP PELAKSANAAN AR-RAHNU DI KOTA LANGSA ACEH

Authors

  • Evi Khairunnisa

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penerimaan pelanggan terhadap pelaksanaan ar-Rahnu di Kota Langsa, Aceh. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan responden dijalankan secara persampelan bertujuan dengan melibatkan seramai 185 orang pelanggan ar-Rahnu di Kota Langsa, Aceh. Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tahap penerimaan pelanggan adalah sangat tinggi terhadap pelaksanaan ar-Rahnu di Kota Langsa, Aceh. Implikasi kajian mengetengahkan tentang kepentingan peranan institusi ar-Rahnu yang perlu diperkemas bagi membantu masyarakat memahami sistem pajak gadai Islam dengan lebih baik dan menjadikannya sebagai alternatif bagi pajak gadai konvensional yang telah lama digunakan. Kajian juga mencadangkan agar jumlah institusi ar-Rahnu terus diperluas di serata tempat agar mudah diakses oleh masyarakat sekeliling terutamanya golongan Muslim.

Downloads

Published

2019-06-30