ANALISIS HUBUNGAN SOLAT DENGAN AKHLAK MURID MELAYU TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH DI DAERAH JEMPOL

Authors

  • Saerah Hj. Karin
  • Adenan Ayob
  • Mohd Rosli Saludin
  • Noor Aini Ahmad

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara amalan solat dengan akhlak murid melayu sekolah rendah di daerah Jempol. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Ini berdasarkan instrumen kajian soal selidik, kajian lapangan, pemerhatian dan soal jawab. Kajian ini telah dijalankan di tiga sekolah yang telah dipilih di sekitar daerah Bandar Seri Jempol. Seramai 254 orang murid tahun enam dipilih dalam kajian ini. Data telah dianalisis secara deskriptif serta diperkukuhkan dengan maklumat statistik subjektif. Teori yang digunakan adalah Teori Takmilah dan Teori Ta’abudiyyah yang menjadikan Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai panduan dalam kehidupan masyarakat. Hasil dapatan kajian akhlak murid terhadap ibubapa di tahap tinggi, berdasarkan skor (M=4.302; SP = 0.353), tahap akhlak murid kepada guru pula adalah skor (M=3.822; SP = 0.354) manakala akhlak murid terhadap rakan mendapat skor (M=3.671; SP=0.364). Hasil keseluruhan kajian adalah (M=3.931; SP=0.302). Ini menunjukkan perlunya murid Melayu melengkapkan solat setiap masa agar mereka semua boleh menjadi insan yang terbilang dan terdidik dengan akhlak sempurna. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap amalan solat dan tahap akhlak murid berada pada tahap tinggi terhadap ibubapa iaitu (SP 0.669;) guru (SP= 0.453); murid (SP 0.436). Ini menunjukkan tahap akhlak mereka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Implikasi kajian memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak terutama murid, sekolah, dan guru Pendidikan Islam juga komuniti setempat, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri serta kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Downloads

Published

2019-06-30