PEMURNIAN ANTARA HADITH NABI DAN ILMU SAINS MODEN DALAM SOAL AIR MANI PEREMPUAN

Authors

  • Mohd. Hilmi b. Abdullah
  • Mohamad Faiz b. Mohamed Jamli

Abstract

Sains perubatan hari ini menyatakan bahawa pembentukan janin terhasil daripada persenyawaan antara sperma dan ovum. Dalam hal ini, air mani perempuan yang dikeluarkan ketika hubungan jenis tidak mempunyai sebarang fungsi dalam pembentukan janin kerana air mani perempuan tidak mempunyai kromosom berbeza dengan air mani lelaki. Walau bagaimanapun, Imam Nawawiy ketika membuat huraian terhadap hadith Nabi s.a.w. ( Ùمن أين ( يكون الشبه إن ماء الرجل غليظ أبيض وماء المرأة رقيق أصÙر Ùمن أيهما عال أو سبق يكون منه الشبه membayangkan kepada kita bahawa pembentukan janin terhasil daripada persenyawaan antara air mani lelaki dengan air mani perempuan yang dikeluarkan ketika berlakunya hubungan jenis. Pendapat ini bukan sahaja tersasar, malah membayangkan Imam Nawawiy terkeliru antara air mani perempuan dengan ovum, selain boleh mendatangkan fitnah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Downloads

Published

2019-06-30