PENGGUNAAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH (PBL) DALAM KONTEKS REALITI SEMASA BAGI KURSUS TITAS UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR BERLANDASKAN KONSEP KETAMADUNAN

Authors

  • Nor Hanani Binti Ismail

Abstract

Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang amat dituntut untuk dimiliki dalam kalangan pelajar. Apatah lagi sekiranya pelajar tersebut berada pada peringkat pengajian tinggi. Salah satu kursus wajib yang bagi pelajar peringkat tinggi ialah kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kursus ini diwajibkan oleh kementerian bertujuan memberi kefahaman mengenai setiap elemen dalam kursus TITAS memiliki implikasinya terhadap proses pembangunan negara, di samping melahirkan pelajar yang berkemampuan menghubungkait elemen ketamadunan dengan isu kemasyarakatan semasa. Berdasarkan kajian, ditemui kaedah penyelesaian masalah berupaya meningkatkan kemahiran berfikir. Persoalannya, bagaimanakah penggunaan kaedah penyelesaian masalah dalam kursus TITAS bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam konteks realiti semasa berlandaskan konsep ketamadunan? Kedua, sejauhmana keberkesanan kaedah penyelesaian masalah dalam kursus TITAS bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam konteks realiti semasa berlandaskan konsep ketamadunan. Oleh itu, kajian ini berhasrat mencapai dua tujuan utama. Pertama, meneliti dan menambah baik penggunaan kaedah penyelesaian masalah dalam kursus TITAS bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam konteks realiti semasa berlandaskan konsep ketamadunan. Kedua, meneliti keberkesaan penggunaan kaedah penyelesaian masalah dalam kursus TITAS bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam konteks realiti semasa berlandaskan konsep ketamadunan. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi. Pemerhatian dilakukan kepada pelajar sewaktu sesi pembentangan dengan panduan checklist. Manakala, data daripada dokumentasi merupakan catatan refleksi pelajar yang seteruskan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Akhir sekali, kaedah survei dilakukan dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dengan menyatakan nilai frekuansi dan peratusannya. Kajian ini merumuskan tiga proses kajian tindakan dalam mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah dalam konteks realiti semasa bagi kursus TITAS berlandaskan konsep ketamadunan. Selain itu, kajian ini juga merumuskan keberkesanan kaedah penyelesaian masalah dalam konteks realiti semasa bagi kursus TITAS untuk meningkatkan kemahiran berfikir berlandaskan konsep ketamadunan.

Downloads

Published

2019-06-30