MENELUSURI PERANAN PUSAT DA’WAH ISLAMIAH DALAM PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SAUDARA BARU

Authors

  • Julaija

Abstract

Pusat Da’wah Islamiah Negara Brunei Darussalam adalah salah sebuah pusat yang berperanan dalam mengurus dan membantu Saudara Baru. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui Program Pembangunan Saudara Baru yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Muallaf Pusat Da’wah Islamiah. Pengurusan Program Pembangunan Saudara Baru yang dilaksanakan merupakan salah satu usaha bagi membantu Saudara Baru dalam mengusai perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, amal ibadat dan cara hidup Islam. Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan Saudara Baru dalam program yang dijalankan dan seterusnya mengetahui keberkesanan program tersebut terhadap Pembangunan Saudara Baru. Hasil kajian awal, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk Program Pembangunan Saudara Baru yang dijalankan seperti kelas dan kursus bimbingan, keagamaan, motivasi dan kemahiran. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui penglibatan Saudara Baru dan seterusnya mengetahui penerimaan terhadap program yang dijalankan dan permasalahan yang mereka hadapi.

Downloads

Published

2019-03-31