PENDEKATAN MEDIA MASSA DAN MEDIA BAHARU DALAM MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN REMAJA

Authors

  • Suria Hani A. Rahman
  • Nurhafizah Mohd Sukor
  • Rosidayu Sabran

Abstract

Kes-kes berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan remaja semakin banyak dilaporkan di media massa sejak kebelakangan ini. Dengan bebanan dan tekanan yang dialami dalam mengharungi kehidupan dalam alam persekolahan, isu keluarga dan hubungan dengan rakan-rakan sebaya, para remaja lebih terdedah dengan masalah mental seperti kemurungan dan kerisauan yang terlampau. Oleh itu, suatu pendekatan yang lebih kreatif perlu dibentuk untuk memberi kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap konflik yang dihadapi oleh remaja. Kertas konsep ini akan berkongsi pelbagai pendekatan yang telah diambil oleh media massa dan media baharu dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para remaja dan masyarakat umum terhadap peri pentingnya mengenali tanda-tanda, simptom dan cara untuk menangani masalah kesihatan mental yang berlaku dalam kalangan remaja. Kertas ini juga akan menilai sejauh mana pendekatan yang digunakan ini sesuai dan dapat mengambil perhatian masyarakat untuk mengurangkan stigma dan prejudis terhadap golongan remaja yang mengalami masalah kesihatan mental. Suatu kesimpulan daripada dapatan kajian literatur ini akan dikemukakan untuk potensi kajian seterusnya.

Downloads

Published

2019-03-31