IMPLIKASI QIRĀʼĀT IBN KATHĪR DAN ʻĀṢIM DALAM PENGISTINBATAN FIQH MADHHAB AL-SHĀFIʻĪ: KAJIAN TERHADAP AYAT WUḌŪ’

Authors

  • Hajah Siti Jariah @ Hajah Aleya Fatehah Haji Japar
  • Nurol Huda PDSMDSU Haji Ismail
  • Ahmad Baha’ Mokhtar

Abstract

Kepelbagaian qirÄʼÄt dalam al-QurʼÄn didapati telah memberi kesan kepada kepelbagaian hukum. Walau bagaimanapun, dalam kitab-kitab fiqh para imam madhhab khususnya madhhab al-ShÄfi‘ī tidak ditemui penjelasan secara terperinci kaedah atau manhaj yang digunakan dalam pengambilan qirÄʼÄt sebagai hujah serta implikasinya kepada hukum yang dibina dalam madhhab masing-masing. Justeru, kajian ini akan menyingkap sejauhmana qirÄ’Ät Ibn KathÄ«r yang merupakan qirÄʼÄt Imam al-ShÄfi‘ī dalam pembacaan al-QurʼÄn berperanan dalam pengistinbatan fiqh madhhab al-ShÄfi‘ī. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui implikasi qirÄʼÄt Ibn KathÄ«r dan ‘Āṣim dalam pembinaan hukum fiqh madhhab al- ShÄfi‘ī dengan penumpuan kajian terhadap ayat wuá¸Å«Ê¼. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kepustakaan di mana segala maklumat dan data hanya diperolehi dari perpustakaan. Data diproses secara kualitatif mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu qirÄ’Ät dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa qirÄʼÄt menjadi salah satu metod pengistinbatan hukum fiqh dalam madhhab al-ShÄfiʻī. Dalam permasalahan ayat wuá¸Å«Ê¼, Imam al-ShÄfi‘ī tidak hanya terikat dengan qirÄ’Ät Ibn KathÄ«r, bahkan beliau turut mengambil kira qirÄ’Ät yang lain dalam pengistinbatan hukum

Downloads

Published

2019-03-31