DA’I MILENIA: PERANAN PROGRAM REALITI TELEVISYEN DALAM MEMBENTUK PENDAKWAH MUD

Authors

  • Naemah Hanim Illani Mat Said
  • Othman Ab. Rahman

Abstract

Pendakwah (da’i) memainkan peranan penting dalam penyebaran ajaran Islam. Pendakwah yang berjaya adalah mereka yang mampu menarik minat kumpulan sasaran (mad’u) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang supaya mempelajari dan menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup. Seiring dengan perkembangan teknologi, dakwah melalui media menjadi landasan utama bagi pendakwah memenuhi tuntutan dakwah dengan lebih kreatif. Program realiti televisyen bergerak sebagai ejen dakwah yang menyebarkan mesej dakwah dalam mendidik pendakwah muda bagi menceburkan diri untuk berdakwah melalui media. Walau bagaimanapun, dalam pelaksanaan dakwah, pelbagai persiapan perlu dilakukan oleh para pendakwah terutamanya bagi mereka yang berdakwah menggunakan media agar dakwah tersebut mencapai sasaran. Oleh itu, kajian ini membincangkan bagaimana peserta Da’i Milenia mempersiapkan diri untuk menjadi seorang pendakwah. Selain itu, kajian ini mengupas cabaran pendakwah muda melalui pengalaman para peserta Da’i Milenia. Akhir sekali, kajian ini juga menekankan peranan Da’i Milenia dalam membentuk ikon pendakwah muda. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif; melalui temubual secara mendalam untuk mencapai objektif kajian. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa Da’i Milenia memainkan peranan yang penting dalam membentuk pendakwah muda bagi membantu mereka menyebar luas dakwah kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka. Ia juga merupakan satu pentas untuk mendedahkan bakat yang terdapat di dalam diri pendakwah muda. Dengan menyertai Da’i Milenia, mereka menjadi lebih yakin untuk menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakat.

Downloads

Published

2019-03-31