FESYEN HALAL STYLE DALAM KALANGAN PELAJAR UNISSA

Authors

  • Dr Hajah Mas Nooraini Haji Mohiddin
  • Dayang Suaad Dr Haji Serbini

Abstract

Sejak kebelakangan ini seringkali didengar tentang halal lifestyle atau gaya hidup halal. Iaitu sebuah gaya hidup yang tengah menjadi tren global dan mulai diterapkan di berbagai pelosok dunia. Uniknya, bukan hanya negara muslim saja yang berupaya menerapkan gaya hidup ini, bahkan negara-negara yang berpenduduk majoriti non-muslim turut sama mengalami perubahan ini. Secara langsung menunjukkan bahawa dunia memberikan respon positif terhadap suatu sistem yang berasaskan syariah Islam. Universiti Islam Sultan Sharif Ali merupakan satu-satunya Universiti Islam yang terdapat di Brunei Darussalam yang menawarkan major program dalam pengajian Islam. Dalam usaha untuk melahirkan graduan yang bertaraf ulama yang tulen dan berwibawa sejajar dengan misi UNISSA, gaya hidup pelajar masa kini menjadi salah satu sukatan penentu tercapai atau tidak objektif berkenaan. Salah satu di antara gaya hidup yang penting ialah dari sudut berpakaian atau berfesyen. Dengan kemunculan pelbagai fesyen yang menjadi ikutan orang muda tanpa mengambil kira penyempurnaan dalam menutup aurat menjadi isu yang perlu di ambil perhatian serius. Ini memandangkan pelajar-pelajar UNISSA datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza iaitu gabungan daripada sekolah yang berasaskan bidang agama dan dalam bidang sains. Kajian ini akan fokus kepada fesyen gaya hidup halal dari sudut pemahaman serta sejauh mana amalan ini menjadi trend dalam kalangan pelajar UNISSA. Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini secara teorinya adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif, iaitu kajian menggunakan metode pengumpulan data melalui pemerhatian dan kaji selidik. Pengumpulan data kajian melalui perpustakaan di mana rujukan dibuat kepada sumber primer dan sekunder melibatkan kitab-kitab thurath sebagai rujukan utama berkaitan aurat dan juga sumber lain seperti buku, artikel, jurnal, kertas kerja seminar dan sebagainya. Jangkaan hasil kajian adalah tahap kefahaman dan amalan pelajar berkaitan fesyen halal adalah berbeza bergantung pada latar belakang pendidikan. Saranan yang diberikan adalah Volume: 4 Issues: 19 [March, 2019] pp.139-154] Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) eISSN: 0128-1755 Journal website: www.jised.com 140 dengan penguatkuasaan dan penambahbaikan peraturan-peraturan penutupan aurat yang sempurna tanpa mengabaikan fesyen gaya hidup terkini. Di samping itu mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman bahawa betapa perlunya menutup aurat agar mereka sedar akan kewajipannya bukan hanya semata-mata terikat dengan peraturan Universiti bahkan terikat dengan peraturan kewajipan syariah.

Downloads

Published

2019-03-31