PERKEMBANGAN DAKWAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - SOROTAN SEJARAH

Authors

  • Dyg Hjh Ummi Fa’izah Hj Abdul Rahman

Abstract

Perkembangan dakwah di Negara Brunei Darussalam adalah seiring dengan kedatangan Islam di Negara Brunei Darussalam itu sendiri. Sejarah perjuangan dakwah di Negara Brunei Darussalam merupakan satu perjuangan yang panjang dan penuh berliku. Penyebaran dakwah di Negara Brunei Darussalam melalui saluran pendidikan dan institusi dakwah yang bermula sebelum kemerdekaan lagi telah banyak mempengaruhi pendekatan dan penyebaran dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam kini. Kajian yang berbentuk ‘library research’ ini bertujuan untuk menganalisa perkembangan dakwah di Negara Brunei Darussalam sebelum dan selepas kemerdekaan. Hasil kajian mendapati dakwah sebelum kemerdekaan dijalankan dalam bentuk tidak rasmi dan dijalankan di balai-balai dan rumah persendirian. Usaha ini seterusnya dikembangkan dalam bentuk pendidikan rasmi dengan tertubuhnya sekolah-sekolah agama dan badan dakwah kerajaan yang menyuburkan dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam.

Downloads

Published

2019-03-31