KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PENGURUSAN PENDIDIKAN DAKWAH DI SEKOLAH

Authors

  • Noor Azimah Surip
  • Khadijah Abdul Razak
  • Ab. Halim Tamuri

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk tujuan penilaian soal selidik kajian. Kesemua item dibina berdasarkan adaptasi ke atas beberapa teori dan model pengurusan serta kajian literatur yang telah diperolehi dari dalam dan juga luar negara. Hasil kajian ini telah mengemukakan lima dimensi penting dalam melaksanakan pengurusan pendidikan dakwah menerusi elemen merancang, mengorganisasi, memimpin, mendorong dan juga mengawal. Kajian rintis pula telah dilaksanakan terhadap 153 orang responden yang melibatkan guru-guru dari 12 buah sekolah rendah di seluruh Putrajaya. Seramai 8 orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan dan 3 orang panel dalam bidang bahasa bagi menentukan kesahan muka dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap item yang dibina. Selain itu, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi Content Valdity Ratio (CVR) telah digunakan bagi menilai item-item tersebut samaada perlu untuk dikekalkan ataupun digugurkan. Manakala kebolehpercayaan instrumen pula telah diukur menggunakan kaedah ketekalan dalaman alpha Cronbach yang berada antara 0.8 dan 0.916. Hasil kajian mendapati kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri-ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur dalam pelaksanaan pengurusan pendidikan dakwah di sekolah-sekolah rendah.

Downloads

Published

2019-03-31