STRATEGI GURU PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PENDAKWAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR BERFIKIR ARAS TINGGI

Authors

  • Tengku Nor Husna Tengku Jamil
  • Hasanah Abd Khafidz
  • Khazri Osman

Abstract

Guru Pendidikan Islam (GPI) sering dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan tentang KBAT. Untuk itu, artikel ini membincangkan strategi dakwah GPI yang telah dilaksanakan dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan kehendak KPM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan metode temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen kepada lima orang GPI sekolah kebangsaan di Negeri Sembilan. Ia melibatkan strategi GPI sebagai pendakwah di sekolah yang melibatkan aktiviti di dalam kelas dan di luar kelas. Hasil dapatan menunjukkan GPI menggunakan tujuh pendekatan sebagai strategi pendakwah dalam melahirkan pelajar yang KBAT iaitu pujian, tazkirah, galakkan, teknik penyoalan, perbincangan, penulisan dan inovasi

Downloads

Published

2019-03-31