KAEDAH PENYELIDIKAN ISLAM BERSEPADU: PENCARIAN KEBENARAN DAN KEBERKATAN ILMU

Authors

  • Noor Hisham Md Nawi
  • Burhan Che Daud

Abstract

Penyelidikan adalah satu wasilah untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran melalui penyelidikan dipengaruhi oleh epistemologi penyelidik kerana setiap pengkaji membawa bersamanya pandangan alam atau falsafah tertentu terhadap ilmu. Pada masa kini, budaya kesarjanaan arus perdana dipengaruhi faham sekularisme dan dualisme yang meletakkan asas pertimbangan kepada untung-rugi atau kenaikan pangkat; bukannya nilai dan keberkatan ilmu yang memberi manfaat kepada kemajuan ummah. Penyelidik muslim seharusnya mempunyai kaedah penyelidikan tersendiri bagi kesemua disiplin ilmu (sains wahyu, sains tabii, sains sosial dan kemanusiaan) yang mematuhi prinsip ontologi dan epistemologi dalam Islam. Kaedah penyelidikan inilah yang dinamakan sebagai penyelidikan Islam bersepadu yang akan membantu penyelidik mencari kebenaran dan solusi permasalahan umat menurut neraca pandangan alam Islam. Kaedah ini juga akan memimpin penyelidikan untuk mencari kebenaran sejati dan menghasilkan korpus ilmu baharu yang membawa kesejahteraan kepada bangsa manusia dan alam keseluruhannya. Penulisan ini adalah perkongsian amalan penyelidikan yang sedang diusahakan oleh Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.

Downloads

Published

2019-03-31