PERANAN KOMITMEN SEBAGAI PENGANTARA DALAM MENGUKUR KESAN SIKAP PEKERJA TERHADAP PRESTASI KERJA

Authors

  • Khatijah Othman
  • Siti Nurbaya Ismail
  • Shahrul Hafifi Mohd Fuad
  • Masni Md Hasim
  • Fadilah Othman
  • Muhammad Rahmat Abdullah
  • Norwini Zaidi
  • Nur Adlina Addenan
  • Nik Nadian Nisa Nik Nazli

Abstract

Sikap pekerja adalah merupakan faktor utama dalam memastikan prestasi kerja seseorang individu itu telah mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi. Jika pekerja mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja mereka, adalah dipercayai, ia dapat membentuk sikap pekerja yang berwibawa serta secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi kerja. Malahan, bagi pekerja yang mempunyai sikap yang baik dan mengekalkannya di tempat kerja, ia memberi kesan kepada komitmen dan prestasi kerja yang berbentuk positif dan memberikan nilai tambah terhadap sesebuah organisasi. Oleh itu, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji adakah komitmen pekerja menjadi pengantara, di dalam menilai kesan sikap pekerja terhadap prestasi kerja di sesebuah organisasi. Responden bagi kajian ini adalah warga kerja pegawai pengurusan dan profesional dalam sebuah organisasi. Kaedah penyelidikan yang diguna pakai adalah berbentuk kaedah kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada 99 responden melalui talian internet. Kaedah analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah Structural Equation Modeling (SEM) dengan bantuan perisian AMOS versi 23. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen pekerja adalah pengantara di antara hubungan sikap pekerja dengan prestasi kerja. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa, pekerja dalam sesebuah organisasi mengamalkan sikap yang baik dengan memberi komitmen terhadap kerja iaitu sebanyak 64 peratus dan ianya memberi kesan kepada prestasi kerja iaitu sebanyak 84 peratus. Dalam hal ini ternyata komitmen pekerja membantu dalam peningkatan prestasi kerja sekiranya pekerja mempunyai sikap yang baik dan berwibawa dan ianya menyumbang kepada hasil kerja yang lebih efektif dan produktif dalam mencapai objektif organisasi secara keseluruhannya.

Downloads

Published

2019-03-31