PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HALAL DI HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)

Authors

  • Setiyawan Gunardi
  • Ahmad Fakhrusy Syakirin Hashim

Abstract

Perkembangan industri halal telah mengubah corak dan rentak ahli perniagaan dan masyarakat di Malaysia pada masa kini. Oleh hal yang demikian, bagi menggerakkan perniagaan industri halal ini, institusi pengajaran dan pembelajaran halal perlu ditubuhkan agar sektor halal dapat disebarluaskan secara menyeluruh. Halal Industry Development Corporation (HDC) adalah sebuah industri yang bergerak dalam memberikan nasihat, pengajaran dan pembelajaran mengenai industri perniagaan yang mengeluarkan produk halal. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti perkhidmatan yang disediakan oleh HDC. Selain itu juga, menjelaskan model pengajaran dan pengajaran yang ditawarkan pihak HDC yang diperlukan industri halal dalam menjaga kedudukan produk halal dijamin halal. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif melalui rujukan kepada sumber kepustakaan berdasarkan kitab-kitab, buku-buku ilmiah dan sumber laman sesawang kemudian pada akhir setelah data terkumpul akan dianalisis untuk mendapat hasil kajian tersebut secara teori dan aplikasi. Hasil kajian mendapati bahawa HDC mempunyai perkhidmatan bimbingan, pengajaran dan pembelajaran halal yang berasaskan konsep ujrah yang selari mengikut prinsip syariah. Implikasi kajian ini bahawa HDC ini memberi sumbangan ekonomi Malaysia selaku institusi yang bergerak dalam bidang halal melalui kepelbagaian sektor perkhidmatan sama ada untuk kerajaan mahupun masyarakat.

Downloads

Published

2019-03-31