JENAYAH SARIQAH DALAM PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013: PEMAKAIAN PENDAPAT SELAIN MAZHAB AL-SHAFI‘E

Authors

  • Haji Dennie Haji Abdullah

Abstract

Kertas kerja ini melihat peruntukan-peruntukan jenayah sariqah (curi) dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 yang memakai pendapat selain mazhab alShafi‘e dengan menjelaskan dan membutirkan pendapat-pendapat mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Shafi‘e dan Hanbali) daripada sumbernya yang asal sebagai perbandingan dan menentukan pendapat mazhab manakah yang diguna pakai oleh Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013. Jenayah sariqah dalam Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 mengandungi sembilan bab dan dikenal pasti bahawa terdapat enam peruntukan di dalamnya yang mengguna pakai pendapat selain mazhab Shafi‘e. Tiga daripadanya adalah berdasarkan pendapat mazhab Hanafi, satu daripadanya berdasarkan pendapat mazhab Maliki dan dua selebihnya tidak berdasarkan kepada mana-mana pendapat dalam mazhab yang empat

Downloads

Published

2019-03-31