PERGURUAN TAHFIZ AL-QUR’AN: MASALAH DAN PENYELESAIAN

Authors

  • Dr Ahmad Baha’ Mokhtar
  • Dewi Erika Samidi
  • Prof. Madya Dr Abd Rahman Abd Ghani

Abstract

Minat masyarakat terhadap Program Tahfiz al-Qur’an semakin meningkat. Atas sebab ini, keperluan untuk mengambil tenaga pengajar al-Qur’an yang terlatih secara professional khususnya bahagian Tahfiz al-Qur’an tidak boleh diketepikan. Namun demikian, setakat yang diketahui belum terdapat institusi sama ada kerajaan mahupun swasta khususnya di Malaysia yang menawarkan pembelajaran atau latihan bagi guru-guru Tahfiz al-Qur’an. Guru Tahfiz al-Qur’an juga memerlukan pelbagai ilmu dan kemahiran asas untuk mengajar subjek tersebut sebagaimana subjek-subjek yang lain. Tidak cukup hanya dengan sijil atau shahadah hafal al-Qur’an yang mereka miliki, kerana cara belajar dan mengajar adalah dua kemahiran yang berbeza. Kekurangan ilmu dan latihan dalam bidang ini menyebabkan timbul kenyataan di dada akhbar pada awal tahun ini (2018) bertajuk “Guru Tahfiz Tak Berkualitiâ€. Objektif kajian ini adalah untuk melihat masalah-masalah yang mungkin timbul disebabkan kekurangan latihan bagi guru tahfiz. Di samping mencadangkan langkah-langkah yang boleh membantu menyelesaikannya. Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada latihan perguruan tahfiz al-Qur’an secara formal semenjak latihan perguruan secara formal ditubuhkan sehingga akhir 2018. Kertas kerja ini menggunakan metode kualitatif iaitu dengan mengumpulkan atrikel-artikel berkaitan dan bahan-bahan yang bersesuaian dengan topik kajian. Hasil kerja ini mencadangkan supaya perlu ada suatu usaha bersepadu bagi mengkaji dan menghalusi bidang perguruan tahfiz al-Qur’an oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam pendidikan dan tahfiz al-Qur’an untuk menghasil satu modul berkaitan perguruan tahfiz al-Qur’an. Seterusnya modul tersebut boleh ditawarkan di institusi-institusi perguruan di seluruh negara untuk melatih guru-guru tahfiz al-Qur’an menjadi guru yang terlatih dan lebih professional

Downloads

Published

2019-03-31