ChatGPT sebagai rakan digital: Peranannya dalam membantu membuat keputusan dalam akademik dan kehidupan harian pelajar

Authors

  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tawau Sabah
  • Sharipah Khadijah S.Hashim Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Keywords:

ChatGPT, akademik, kehidupan harian

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana ChatGPT digunakan dalam pembelajaran dan urusan seharian pelajar, di samping menentukan hubungan kedua-dua bentuk penggunaan tersebut dengan kebergantungan kepada teknologi ketika berfikir. Kajian melibatkan pelajar TVET dari Politeknik Tawau Sabah dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Maklumat dikumpulkan melalui soal selidik sebelum dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan regresi linear.. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar bergantung kepada ChatGPT dalam bidang akademik dan kehidupan harian mereka. Di samping itu, analisis regresi linear menunjukkan bahawa penggunaan teknologi untuk kehidupan harian mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kebergantungan pelajar kepada teknologi dalam proses pemikiran. Dapatan ini menjelaskan bahawa dengan memahami kelebihan ChatGPT dapat membantu pelajar menggunakan teknologi ini secara berkesan sambil mengekalkan tanggungjawab akademik. Daripada memudahkan topik yang kompleks sehinggalah kepada meningkatkan produktiviti, ChatGPT juga telah menjadi alat sokongan kepada aktiviti harian pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-15

How to Cite

Ngadiman, D. W. T., & S.Hashim, S. K. (2026). ChatGPT sebagai rakan digital: Peranannya dalam membantu membuat keputusan dalam akademik dan kehidupan harian pelajar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 9(31), 10–17. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/4667