Kajian pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak
Keywords:
pengurusan kewangan, literasi kewangan, masalah kewanganAbstract
Pengurusan kewangan Pelajar merupakan satu kajian yang luas dan mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dewasa ini. Ini kerana Pengurusan kewangan yang baik dapat memberi impak yang positif terhadap kewangan pelajar dan pencapaian akademik pelajar dan kesejahteraan hidup pelajar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah kewangan yang hadapi oleh pelajar sepanjang pengajian, mengukur tahap pengurusan kewangan pelajar dan menentukan hubungan antara masalah kewangan pelajar terhadap pengurusan kewangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar Diploma Kewangan(DFI)/Diploma Kewangan dan Perbankan(DKB) di Politeknik METrO Betong Sarawak. Instrumen soal selidik diedarkan secara rawak secara atas talian. Data yang dikumpul di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data statistik deskriptif dan Regression linear untuk mengetahui hubungan faktor yang dikaji.Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah kewangan yang dihadapi pelajar DFI/DKB adalah pada tahap yang lemah sepanjang pengajian mereka di PMBS, manakala tahap pengurusan kewangan pelajar DFI/DKB berada pada tahap yang sederhana. Kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif diantara tahap pengurusan kewangan pelajar dan masalah kewangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa pengurusan kewangan yang baik dapat mengurangkan masalah kewangan pelajar.