Kefahaman tentang isu etika dan integriti akademik dalam penggunaan ChatGPT dari perspektif pelajar
Keywords:
ChatGPT, kesedaran, etika, integritiAbstract
Penggunaan ChatGPT dalam kalangan pelajar dilihat semakin meluas. Hampir setiap aktiviti pembelajaran, tidak terlepas dari penggunaan ChatGPT. Walaupun terdapat faedah positif kesan daripada penggunaannya, namun keadaan ini boleh terjadi pelanggaran etika dan integriti sekiranya tidak digunakan dengan betul. Berdasarkan kepada senario ini, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh tahap kebergantungan pelajar terhadap ChatGPT untuk pembelajaran dan sejauh mana tahap kefahaman pelajar tentang isu etika dan integriti akademik dalam penggunaan ChatGPT. Sampel kajian adalah daripada pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian ini adalah menggunakan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Bilangan sampel adalah seramai 315 orang pelajar. Teknik pengumpulan data adalah menggunakan pensampelan rawak. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah Analisis Deskriptif untuk mendapatkan nilai skor min.. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar kebergantungan kepada ChatGPT dalam pembelajaran. Sementara itu, bagi isu etika dan integriti penggunaan ChatGPT, Dapatan ini menjelaskan bahawa masih lagi pelajar mempunyai kesedaran yang rendah mengenai isu integriti. Ini dibuktikan apabila majoriti pelajar bersetuju bahawa mengubah suai jawapan ChatGPT untuk mengelakkan pengesanan plagiarisme bukan satu kesalahan. Oleh yang demikian, peraturan untuk meningkatkan etika dan privasi yang berkaitan dengan penggunaan ChatGPT dalam akademik perlu dibangunkan.