Keberkesanan program inkubator keusahawanan dalam memupuk minat berniaga di kalangan pelajar
Keywords:
Program Inkubator, Keusahawanan, Minat BerniagaAbstract
Program inkubator telah banyak dijalankan di Politeknik Mersing Johor. Namun begitu, secara tinjauan dilihat setiap program yang dijalankan belum mampu untuk melahirkan pelajar yang betul-betul berminat dalam bidang keusahawan. Ini dapat dibuktikan apabila program ini kurang mendapat sambutan dari pelajar. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap keberkesanan program inkubator keusahawanan dalam memupuk minat berniaga di kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik yang terdiri daripada lima skala nominal. Sampel kajian melibatkan seramai 57 orang pelajar Politeknik Mersing yang dipilih secara rawak. Instrumen soal selidik yang dibina sendiri telah melalui proses semakan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan item, dengan nilai kebolehpercayaan diuji menggunakan analisis Cronbach Alpha. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti jenis program inkubator keusahawanan yang paling banyak disertai oleh pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa sambutan pelajar terhadap program inkubator keusahawanan masih rendah. Walau bagaimanapun, dapatan kajian mendapati bahawa jenis program utama yang disertai oleh pelajar ialah program keusahawanan, dengan kadar penyertaan sebanyak 40.4%. Dapatan ini mencerminkan kecenderungan pelajar dalam memilih program yang berkaitan secara langsung dengan dunia keusahawanan. Kajian ini juga menekankan kepentingan program inkubator keusahawanan dalam membentuk minat serta kemahiran berniaga dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar usaha penambahbaikan dilakukan dalam penganjuran program inkubator keusahawanan dengan lebih efektif serta menarik agar dapat meningkatkan penyertaan pelajar. Kesimpulannya, kajian ini memberikan gambaran awal mengenai penyertaan pelajar dalam program inkubator keusahawanan dan kepentingannya dalam membentuk minat berniaga. Dapatan ini boleh dijadikan asas untuk perancangan dan pelaksanaan program yang lebih berkesan pada masa hadapan bagi memastikan objektif utama pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar dapat dicapai.