Strategi penyelesaian kepada masalah kediaman pelajar dalam kalangan pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak

Authors

  • Abang Abdul Muizz Abdul Rahman Jabatan Akademik, Politeknik METrO Betong Sarawak
  • Rohanisah Sahari Jabatan Akademik, Politeknik METrO Betong Sarawak
  • Ruzaini Abd Razak Jabatan Akademik, Politeknik METrO Betong Sarawak

Keywords:

Kediaman Pelajar, Cabaran, Strategi Penyelesaian

Abstract

Kediaman pelajar merupakan salah satu kemudahan asas penting yang perlu disediakan oleh sesebuah institusi pembelajaran terutamanya di peringkat pendidikan tinggi. Namun begitu, sehingga kini fasiliti ini tidak dapat disediakan oleh Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) yang menyebabkan para pelajar perlu menyewa rumah sewa terutamanya bagi pelajar yang tinggal jauh dari daerah Betong. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang perlu diambil oleh institusi mahupun pelajar PMBS dari aspek kediaman pelajar. Instrumen kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Sampel kajian adalah dalam kalangan pelajar PMBS dari semester 1 sehingga semester 6. Bilangan sampel adalah seramai 54 orang pelajar. Teknik pengumpulan data adalah menggunakan pensampelan rawak. Manakala analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah Analisis Deskriptif iaitu menggunakan peratusan untuk menggambarkan strategi yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tempat kediaman pelajar di PMBS. Hasil kajian mendapati strategi yang paling berkesan untuk menangani masalah ini adalah institusi menyediakan asrama untuk pelajar dan mencadangkan agar dikurangkan harga bilik sewa oleh pemilik rumah sewa. Hasil kajian ini penting bagi menjamin kadar ambilan di institusi ini kekal konsisten dan memastikan kebajikan pelajar terjaga.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-24

How to Cite

Abdul Rahman, A. A. M., Sahari, R., & Abd Razak, R. (2025). Strategi penyelesaian kepada masalah kediaman pelajar dalam kalangan pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(28), 17–22. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3357