Peranan media sosial terhadap kreativiti inovasi pelajar: Kajian ke atas pelajar Politeknik Kuching Sarawak

Authors

  • Noorhafizah Akup Politeknik Kuching Sarawak

Keywords:

Media Sosial, Kreativiti, Inovasi

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneliti peranan media sosial terhadap kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Isu utama yang diketengahkan ialah wujudnya kebimbangan terhadap kesan negatif media sosial kepada pelajar, namun dalam masa yang sama terdapat juga potensi positif yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran. Okjektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan media sosial menyumbang kepada pembentukan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan 248 orang pelajar sebagai sampel yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian berupa soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata dan data analisis secara deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan media sosial pelajar adalah tinggi dan memberi impak yang positif terhadap pelbagai aspek kreativiti dan inovasi termasuk idea baharu, penyelesaian masalah, serta aspirasi projek masa hadapan. Dapatan ini memberi gambaran bahawa media sosial berpotensi menjadi alat sokongan pembelajaran yagn efektif sekiranya digunakan secara bijak dan beretika.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-26

How to Cite

Akup, N. (2025). Peranan media sosial terhadap kreativiti inovasi pelajar: Kajian ke atas pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 8(27), 54–60. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/3093